Sunday, September 25, 2011

JAMUAN HI-TEA, MAJLIS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH GOMBAK 2011

Jamuan Hi-Tea pada tahun ini telah diadakan di De Palma Hotel, Kuala Selangor. Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis pada 25/9/2011. Harap tahun depan lebih ramai lagi GBKSM meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan Majlis yang diadakan. Bukan selalu, hanya setahun sekali...

Wednesday, September 21, 2011

PENGERTIAN KAUNSELING




Mitos khidmat kaunseling
• Kaunseling adalah nasihat.
• Hubungan kaunseling hanya sehala.
• Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien).
• Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.
APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:
• Peribadi dan emosi anda
• Perkembangan pelajaran
• Belajar dengan lebih berkesan
• Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan negatif
• Keluarga
BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Perkhidmatan ini dijalankan melalui:
KAUNSELING INDIVIDU
(pertemuan ANDA dengan kaunselor)
KAUNSELING KELOMPOK
(pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunaselor)
DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?
Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik Bimbingan & Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.
SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.
BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?
Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor, atau
Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling.
SIAPA KAUNSELOR ANDA? MD.DAIM BIN SANUDIN
- Sedia mendengar semua persoalan ANDA
- Menerima ANDA tanpa syarat
- Merahsiakan apa yang ANDA katakan
- Menghormati diri ANDA sebagai seorang individu
- Sedia berjumpa dengan ANDA pada bila-bila masa.
SETIAP PERMULAAN BERMULA DARIPADA LANGKAH YANG PERTAMA. MENEMUI KAUNSELOR ADALAH LANGKAH YANG BIJAK


Tuesday, September 20, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Sambutan Hari Guru telah disambut secara bersederhana oleh pihak sekolah SMKTM, namun tetap meriah. Para guru diraikan dengan pelbagai persembahan oleh murid dan dari guru-guru yang secara sukarela menyertai. Antara persembahan yang telah diadakan seperti tarian, nyayian, boria, persembahan drama, syair dan sebagainya. Para pelajar tetap meraikan guru-guru tersayang mereka dengan memberikan hadiah dan ucapan hari guru. Terima kasih cikgu,jasanya akan dikennag sepanjang hayat. SELAMAT HARI GURU!!!
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Antara persembahan yang telah diadakan oleh para guru SMK Taman Melawati

Jamuan makan untuk guru-guru yang telah keletihan dan lapar....

                                                      Persembahan silat oleh para pelajar

Monday, September 19, 2011

KARNIVAL KESENIAN JAUHI DADAH (KESEJADAH) 2011


Program Karnival Kesenian Jauhi Dadah (KESEJADAH) merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lain.
Program ini adalah untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.

Penglibatan murid dalam menjayakan program KESEJADAH 2011


Murid-murid yang mewakili sekolah dalam kategori 
Nasyid Kontemporari
Murid-murid yang mewakili sekolah bagi 
kategori melukis poster.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BIDANG AUTOMOTIF 2011

Program ini merupakan program bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan pihak Kolej Otomotif yang diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada murid-murid yang berminat dalam bidang automotif. Program sebegini dapat memberi gambaran yang jelas tentang bidang yang diminati dan seterusnya merancang masa depan kerjaya dengan lebih baik. Program ini memberi keutamaan kepada murid-murid lelaki yang berada di Tingkatan 5 dan berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

Karnival Kerjaya Sekolah Angkat 1Malaysia 2011

Antara kenangan manis tahun 2011 adalah memenangi Pertandingan Arca dimana SMKTM telah mendapat Johan Menengah Bawah dan Naib Johan Menengah Atas.


Mesyuarat Agung PRS

Satu mesyuarat Agung PRS bersama guru penasihat yang terdiri daripada GBKSM pagi dan petang telah diadakan untuk sesi 2011/2012. Dalam Mesyuarat kali pertama untuk sesi 2011/2012 ini telah diadakan satu pemilihan Exco-Exco tertinggi bagi merebut jawatan-jawatan dalam PRS. Setiap ahli yang terpilih telah berjanji untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan setiap perancangan yang diadakan oleh PRS.


Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah mengadakan Kursus Kemahiran Komunikasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk ahli-ahli lama. Kursus ini telah dijalankan selama sehari di sekolah. Antara pengisian dalam kursus ini ialah ceramah dan LDK berdasarkan modul Pembimbing Rakan Sebaya. Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan ucapan setinggi - tinggi terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang terlibat dalam pelaksanaan program ini . Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap semua program yang dirancang dan dilaksana oleh UBK.
                            Para peserta sedang tekun mendengar taklimat daripada penceramah

                                                              Kita makan dulu!!!!

Tuesday, September 6, 2011

Blogging Training di Kolej YPC ITWeb

 
Baru terasa susahnya nak buat blog....ingat senang je macam facebook tapi dah diajar satu persatu ...oklah senang je! So tak lama lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Melawati akan mempunyai blog sendiri . Ni asyik baca blog orang je, so this time bole la kita berkongsi maklumat pulak...'sharing is caring'!