Tuesday, June 25, 2013

[OFFICIAL ANNOUNCEMENT]

Perhatian kepada semua warga SMK Taman Melawati, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa pada hari esok (26 Jun 2013). Sebarang perubahan akan dimaklum kemudian.

Thursday, June 20, 2013

Ceramah Israk Mikraj

Pada 14 Jun yang lepas, sekolah mengadakan ceramah Israk Mikraj di sekolah. seperti biasa, pada hari jumaat akan diadkan bacaan yassin. Kali ini, Intan Najiha menjadi sebahagian daripada doa kerana dia terlibat dengan kemalangan jalanraya. Currently, berada di HKM dalam keadaan koma. Alfatiha-

Seterusnya, pelajar menonton slideshow tentang perjuangan Khalid Al-Waleed. Tepat pukul 8.30 penceramah memasuki dewan. Penceramah jemputan bernama Ustaz Kamil, Menyampaikan Ceramah bertajuk: Dari Israk Mikraj ke Ramadhan, Satu Perjalanan yang Harmoni. sepanjang ceramah berlangsung, dewan yang bingit dengan gelak tawa para pelajar mendengar ceramah yang dipersembahkan oleh Ustaz Kamil yang kelakar namun masih penuh dengan pengertian. program habis pada pukul 10.00 pagi. Sebahagian penghargaan, Puan Nasran dan Puan Julia memberi cenderamata kepada Ustaz Kamil. Kemudian, pelancaran Al-quran kepada surau sekolah. Al-quran tersebut diwakafkan daripada ibubapa, pelajar & guru. Sebagai penutup, pelajar beramai ramai menyanyikan nasyid penerang hati.

Sambutan Hari Guru (Teachers' Day)

Seperti tahun tahun sebelum ini, setiap 16/5 setiap sekolah akan menyambut Sambutan Hari Guru. Setiap sekolah menyediakan persembahan yang berbeza. Pada tahun ini, Sebilangan pelajar SMK Taman Melawati bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut Hari Guru. Pada hari tersebut, guru guru kelihatan ceria kerana mereka tahu hari itu merupakan hari keramat bagi mereka. Acara dimulakan dengan ketibaan guru guru dan PIBG  yang diarak masuk ke dalam dewan secara beramai ramai diiringi dengan bunga manga yang dibawa oleh wakil pelajar. Seterusnya, bagi pihak pengetua, beliau memberi sekuntum bunga kepda setiap guru yang dikasihi. ini menunjukkan kasih sayang kepada guru guru SMK Taman Melawati tiada tadingnya. setelah itu, Ustaz dn Cikgu khalid membaca utusan daripada pihak kementerian. Ahmad Danial mewakili badan pelajar menyampaikan ucapan buat guru guru. Arazzi dan Nurnadia telah dipilih menjadi MC untuk mengendalikan Sambutan Hari Guru. Persembahan dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada Amirun.  acara penyampaian hadiah, Aina Maisarah mewakili pelajar PRS menghadiahkan sebuah cake red velvet kepada guru guru. seterusnya, persembahan sajak bertajuk Guru dipersembahkan oleh Arrazi dengan penuh 'feel' dan diiiringi petikan gitar oleh Ahmad Danial. Seterusnya, sebanyak 3 persembahan daripada persatuan silat diketuai oleh Wan Harith dan Haziq Akmal. 3 pelajar iaitu Megat, Arazzi, Amir Luqman mempersembahkan lagu Kau ilhamku. Barisan pengawas pula beramai ramai menyanyikan lagu kenangan terindah. Highlight of the show, persembahan daripada Main Main band yang dianggotai oleh Murtaza, Luqman, Arif, Danish, Danial dan Faiz. mereka mempersembahkan lagu Aku Scandal & Bila aku sudah tiada daripada Band Hujan. persembahan tersebut menerima tepukan paling gemuruh oleh pelajar dan guru guru. Diteruskan dengan tarian daripada form 6 dan sebagai majlis penutupan, persembahan choral speaking oleh pelajar juniors.
Pada petang itu, Main Main band dan sebahagian daripad persembahan dijadikan topik bualan pelajar di Twitter, Facebook dan gambar gambar pula di'upload'kan ke dalam Instagram. 

Wednesday, June 19, 2013

Program Jati Diri (Peringkat Daerah Gombak)

Bertempat di SK Bandar Bayu Selayang(2) satu Program Jati Diri diadakan  pada 15/5/2013 untuk meng'upgrade'kan sahsiah pelajar. Seramai 4 orang pelajar Melawati dipilih untuk sama sama menjayakan program ini.

Majlis Anugerah Cemerlang PMR/SPM/STPM

pada 11/5/2013 (sabtu), Majlis Anugerah Cemerlang telah berlangsung di Dewan Seri Melawati. Sejumlah sijil telah diberikan kepada pelajar yang mendapat 6A keatas bagi SPM, 7/8/9A bagi pelajar PMR, pointer 3.0 bagi pelajar STPM. Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.