Wednesday, May 8, 2013

Karnival 2013

Pada 30 April 2013, SMK Taman Melawati telah menganjurkan karnival sekolah sekali lagi untuk mengeratkan lagi hubungan murid dan guru. Di Samping itu, murid-murid serta guru-guru daripada setiap persatuan, kelab, kelas pada hari itu membuka gerai untuk mendapatkan dana. pihak luar juga turut sama berniaga dan memeriahkan lagi karnival ini. pada hari tersebut juga, sekolah menganjurkan Liga bola sepak dan mini sukaneka dan 'mini-race'. sebanyak 6 pasukan bola bertanding pada hari itu dan pasukan 'Fuhh' telah memenangi acara keseluhuran. manakala pertandingan tarik tali juga diadakan untuk merapatkan hubngan dan kerjasama antara murid. 'mini-race' pula bertemakan rancangan realiti daripada Korea iaitu 'Runningman' disambut baik oleh pelajar. satu kumpulan mempunyai 10 orang yang terdiri daripada melayu, cina dan india. ini menunjukkan pelajar SMK Taman Melawati mepunyai kerjasama yang baik dalam satu pasukan walaupun bersama kaum yang lain. setiap peniaga tidak menang tangan juga pada hari itu. Gerai 'RC crews' paling banyak menarik perhatian pengunjung dengan jualan Burger Bakar mereka yang sedap dan murah. gerai gerai lain juga tidak kurang hebatnya. ada yang menjual 'buttermilk shake', 'mash potato', 'ice blended', 'chocolate Fondue', manisan dan pelbagai. 'photobooth' yang dikendalikan oleh 'Panthers' juga dipenuhi oleh pengunjung yang ingin mengambil gambar sebagai kenangan.