Tentang kami

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN
1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
5. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
6. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.
" Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain "

VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

MISI PERKHIDMATAN
 1) Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
2) Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
3) Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
5) Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
6) Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik
- Menerima semua klien tanpa syarat.
- Memenuhi temu janji klien.
- Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temu janji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
- Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
- Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
- Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
- Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment