Thursday, June 20, 2013

Ceramah Israk Mikraj

Pada 14 Jun yang lepas, sekolah mengadakan ceramah Israk Mikraj di sekolah. seperti biasa, pada hari jumaat akan diadkan bacaan yassin. Kali ini, Intan Najiha menjadi sebahagian daripada doa kerana dia terlibat dengan kemalangan jalanraya. Currently, berada di HKM dalam keadaan koma. Alfatiha-

Seterusnya, pelajar menonton slideshow tentang perjuangan Khalid Al-Waleed. Tepat pukul 8.30 penceramah memasuki dewan. Penceramah jemputan bernama Ustaz Kamil, Menyampaikan Ceramah bertajuk: Dari Israk Mikraj ke Ramadhan, Satu Perjalanan yang Harmoni. sepanjang ceramah berlangsung, dewan yang bingit dengan gelak tawa para pelajar mendengar ceramah yang dipersembahkan oleh Ustaz Kamil yang kelakar namun masih penuh dengan pengertian. program habis pada pukul 10.00 pagi. Sebahagian penghargaan, Puan Nasran dan Puan Julia memberi cenderamata kepada Ustaz Kamil. Kemudian, pelancaran Al-quran kepada surau sekolah. Al-quran tersebut diwakafkan daripada ibubapa, pelajar & guru. Sebagai penutup, pelajar beramai ramai menyanyikan nasyid penerang hati.

No comments:

Post a Comment