Thursday, June 20, 2013

Sambutan Hari Guru (Teachers' Day)

Seperti tahun tahun sebelum ini, setiap 16/5 setiap sekolah akan menyambut Sambutan Hari Guru. Setiap sekolah menyediakan persembahan yang berbeza. Pada tahun ini, Sebilangan pelajar SMK Taman Melawati bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut Hari Guru. Pada hari tersebut, guru guru kelihatan ceria kerana mereka tahu hari itu merupakan hari keramat bagi mereka. Acara dimulakan dengan ketibaan guru guru dan PIBG  yang diarak masuk ke dalam dewan secara beramai ramai diiringi dengan bunga manga yang dibawa oleh wakil pelajar. Seterusnya, bagi pihak pengetua, beliau memberi sekuntum bunga kepda setiap guru yang dikasihi. ini menunjukkan kasih sayang kepada guru guru SMK Taman Melawati tiada tadingnya. setelah itu, Ustaz dn Cikgu khalid membaca utusan daripada pihak kementerian. Ahmad Danial mewakili badan pelajar menyampaikan ucapan buat guru guru. Arazzi dan Nurnadia telah dipilih menjadi MC untuk mengendalikan Sambutan Hari Guru. Persembahan dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada Amirun.  acara penyampaian hadiah, Aina Maisarah mewakili pelajar PRS menghadiahkan sebuah cake red velvet kepada guru guru. seterusnya, persembahan sajak bertajuk Guru dipersembahkan oleh Arrazi dengan penuh 'feel' dan diiiringi petikan gitar oleh Ahmad Danial. Seterusnya, sebanyak 3 persembahan daripada persatuan silat diketuai oleh Wan Harith dan Haziq Akmal. 3 pelajar iaitu Megat, Arazzi, Amir Luqman mempersembahkan lagu Kau ilhamku. Barisan pengawas pula beramai ramai menyanyikan lagu kenangan terindah. Highlight of the show, persembahan daripada Main Main band yang dianggotai oleh Murtaza, Luqman, Arif, Danish, Danial dan Faiz. mereka mempersembahkan lagu Aku Scandal & Bila aku sudah tiada daripada Band Hujan. persembahan tersebut menerima tepukan paling gemuruh oleh pelajar dan guru guru. Diteruskan dengan tarian daripada form 6 dan sebagai majlis penutupan, persembahan choral speaking oleh pelajar juniors.
Pada petang itu, Main Main band dan sebahagian daripad persembahan dijadikan topik bualan pelajar di Twitter, Facebook dan gambar gambar pula di'upload'kan ke dalam Instagram. 

No comments:

Post a Comment